
Laporan/foto: Marshita/Nur Amielia (Kerian)
KERIAN, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Majlis peluncuran Program Kampung Angkat MADANI 2025 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama agensi di bawah Pentadbiran Daerah Kerian telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Datuk Che Murad Sayang Ramjan di Dataran Kerian Permai, Parit Buntar, di sini kelmarin.

Penglibatan Projek SejaTi MADANI Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kedah.
Menerusi program ini, Kampung Kedah daerah Kerian telah terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI kerana merupakan kampung kelahiran beliau.
Menurut beliau program ini bukan sekadar berbentuk program semata- mata, tetapi merangkumi aspek pembangunan sosial, pendidikan, ekonomi dan kesejahteraan penduduk setempat
“Antara manfaat yang bakal diterima rakyat dapat meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk melalui pelbagai inisiatif sokongan dan bimbingan.
“Selain itu dapat menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kemahiran bagi meningkatkan keupayaan penduduk khususnya golongan rentan dan kurang berkemampuan serta mewujudkan persekitaran kampung yang lebih harmoni lestari malah maju seiring dengan aspirasi Malaysia Madani.

Antara pengisian program kayuhan basikal di kawasan Kampung Kedah.
Menurut Ketua Komuniti MADANI Abdul Halim Jelani, pemilihan Kampung Kedah sebagai Kampung Angkat MADANI ini diharap akan membawa perubahan positif yang berkekalan dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat di sini.
-ZS-