Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

AHAS Berazam Untuk Mengubah Landskap Penjagaan Kesihatan di Utara Malaysia

By 17 Februari 2025Februari 28th, 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/ Bashsyar Abdullah (Kedah)

ALOR SETAR, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Aurelius Hospital Alor Setar (AHAS), merupakan hospital swasta terbesar di Kedah telah dilancarkan secara rasmi oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Hospital Aurelius Alor Setar, di sini kelmarin.

Sultan Kedah bersama Pengerusi dan Pengarah Pengurusan Kumpulan Aurelius Healthcare, Datuk Amir Firdaus Abdullah

Menurut Pengerusi dan Pengarah Pengurusan Kumpulan Aurelius Healthcare, Datuk Amir Firdaus Abdullah, pelancaran Hospital Aurelius Alor Setar merupakan detik penting dalam sektor penjagaan kesihatan di utara Malaysia.

Sultan Kedah mencemar duli di sekitar Hospital Aurelius

“Matlamat kami ialah menyediakan perkhidmatan perubatan bertaraf dunia yang boleh di capai oleh semua, memastikan pesakit menerima rawatan terbaik tanpa perlu berjalan jauh,” katanya.

Aurelius Hospital Alor Setar (AHAS) ditubuhkan menerusi kerjasama strategik Aurelius Healthcare dan Teguh Harian yang menjadi rakan kongsi dalam projek ini.

Hospital ini mempunyai kapasiti sebanyak 250 katil dengan 21 Pakar Perunding Residen yang merangkumi 15 bidang kepakaran.

Tinggalkan komen anda