
Laporan/foto: Senaying Ahud/Husney Hamid (Hulu Perak)
GERIK, 18 Feb (MalaysiaAktif) – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyantuni masyarakat Orang Asli RPS Dala Gerik dalam satu Majlis Ramah Mesra, di sini kelmarin.

Turut diadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua khususnya tok batin kerana membawa anak-anak buah datang pada hari ini walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan meninggalkan kerja.

Sekitar suasana program yang dihadiri penduduk Orang Asli RPS Dala.
“Terima kasih juga kepada jabatan-jabatan serta agensi kerajaan yang banyak membantu dan bekerjasama dalam menjayakan program ini,” katanya ketika berucap.
Antara jabatan dan agensi yang terlibat ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Turut berlangsung sesi penyerahan kad pengenalan dan sijil kelahiran kepada penduduk Orang Asli RPS Dala serta topi keledar secara percuma kepada 100 orang melalui JPJ.
Dalam pada itu, sempena pembukaan semula sesi persekolahan, beliau menyeru kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli untuk menghantar anak-anak ke sekolah bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran serta mendapat pendidikan sewajarnya demi masa depan.
-AA-