Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Optimumkan Peranan NADI, Bina Komuniti Berdaya Saing

By 17 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Bustan Made Aming/Khamarul Ariffin Yussop (Tawau)

TAWAU, 17 Feb (MalaysiaAktif) – Peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) perlu dioptimumkam dengan pelbagai fungsi sebagai penggerak ke arah komuniti yang berdaya saing dari sudut ekonomi dan sosial.

Sebagai rakan strategik kepada Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), komuniti MADANI juga disifatkan sebagai penjana kepada NADI sebagai pusat maklumat terkini berkaitan dasar serta perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan.

Nur Hamizah ketika memberikan taklimat berkaitan NADI kepada ahli Komuniti MADANI Taman Semarak dan Kampung Hill Top, Tawau.

Penolong Pengurus NADI PPR Taman Sri Semarak Nur Hamizah Dan, berkata NADI turut membuka ruang kepada pelbagai peringkat umur untuk memaksimumkan pusat tersebut bagi menjngkatkan kemahiran kendiri terutama bidang pendidikan.

“NADI menyediakan pelbagai program yang membolehkan komuniti mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan kerajaan selain meningkatkan kemahiran digital bagi menjana ekonomi dalam bidang keusahawanan serta kesedaran keselamatan penggunaan Internet.

“Antara program-program yang disediakan termasuklah ceramah, kemahiran asas ICT Digital, kursus-kursus seperti masakan, baik pulih ‘gajet’ juga kelas-kelas tuisyen kepada pelajar sekolah,” ujarnya ketika berucap semasa Program NADI X Komuniti MADANI di PPR NADI Taman Sri Semarak, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Tawau Azuary Abdul Azis, berkata program seumpamanya merupakan inisiatif yang baik kepada komuniti mendapatkan maklumat dan pelbagai info perkhidmatan yang disediakan di pusat NADI.

Aktiviti pemeriksaan kesihatan turut diadakan kepada peserta program tersebut.

“Program ini merupakan inisiatif yang sangat baik oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi merapatkan lagi NADI dengan Komuniti MADANI kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia.

“Ia juga merupakan peluang terbaik untuk komuniti MADANI mengenali NADI lebih dekat serta cakna terhadap dasar, inisiatif atau bantuan yang disediakan kerajaan selain berpeluang memgikuti latihan dan kursus yang ditawarkan oleh NADI,” katanya.

Bersempena program ini juga, seramai 10 peserta daripada Komuniti MADANI Taman Semarak dan Kampung Hill Top yang hadir turut berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan di NADI tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda