Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

IOW Sampaikan Maklumat dan Dasar Kerajaan Secara Bersemuka kepada Seluruh Lapisan Masyarakat

By 21 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Iswandi Kassim / Stanley Clarance Eddie (Sarawak)

SRI AMAN, 21 Feb (MalaysiaAktif) – Program Info on Wheels (IOW) merupakan satu program hebahan di kawasan awam yang dijalankan oleh Unit Hebahan Bergerak Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan secara bersemuka kepada seluruh lapisan masyarakat.

Stanley Clarence, memberi penerangan ringkas kepada responden ketika melaksanakan program IOW.

Hebahan berkenaan dilaksanakan melalui pembesar suara oleh pegawai bertugas di beberapa lokasi seperti kedai makan, pasar pagi, kawasan perumahan dan kampung serta lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

Dengan matlamat untuk memperluaskan corak penyampaian agar advokasi, keterlibatan dan jangkauan dapat dilaksanakan secara bersemuka, semua pegawai penerangan adalah berperanan sebagai lidah rasmi kerajaan dalam menghuraikan falsafah, dasar dan wawasan kemakmuran negara kepada rakyat.

Menurut Safariza Bujang, 43, melalui program IOW ini, orang ramai boleh mendapat pemahaman yang lebih baik kerana mereka boleh mendapatkan pencerahan secara langsung daripada pasukan unit bergerak tersebut jika ada keraguan atau ketidakpastian.

“Pegawai penerangan terutamanya pegawai lapangan sememangnya mahir dalam menyampaikan maklumat dan bertindak sebagai perantara antara kerajaan dengan masyarakat bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan.

Pengunjung yang datang ke Pejabat Penerangan Daerah Sri Aman untuk mendapatkan poster PM.

“Melalui inisiatif ini kaedah penyampaian maklumat secara bersemuka masih digunakan agar masyarakat mudah faham dan lebih jelas dengan maklumat yang disampaikan di samping edaran bahan penerbitan yang dibekalkan oleh jabatan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Penerangan Daerah Sri Aman, kelmarin.

Tambahnya, melaui program ini juga fungsi, Unit Hebahan Bergerak JAPEN turut diperluaskan dengan mengedarkan pelbagai risalah, buku kecil dan apa jua bentuk maklumat untuk masyarakat.

“Kita bukan sahaja hanya menyampaikan maklumat berkaitan program dan inisiatif kerajaan, malah turut menyampaikan hebahan berkaitan program-program yang dianjurkan jabatan dan agensi kerajaan di Sri Aman,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda