Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

180 Pelajar Pengkalan Hulu Terima Bantuan Persekolahan

By 23 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid/Nik Muhammad Faiz Faizal (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 23 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 180 pelajar B40 sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu menerima bantuan pakaian dan peralatan sekolah dalam Program Back To School anjuran Yayasan Axiata dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA, kelmarin.

Dr. Asyraf menyampaikan sumbangan kepada pelajar.

Bantuan itu bertujuan meringankan beban golongan tersebut bagi memulakan sesi persekolahan tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Axiata Mohamad Kamal Nawawi, program ini adalah satu tanggungjawab sosial bagi yayasan untuk memastikan pelajar golongan tersebut tidak ketinggalan.

“Pihak kami telah mula melaksanakan program di Parlimen Gerik bermula pada tahun 2024 dalam Program Insentif Teras Pemantapan Komuniti yang bertujuan merapatkan jurang ekonomi masyarakat dan membantu pelajar dalam pendidikan,” ujarnya ketika berucap dalam program tersebut di Dataran Arena Pengkalan Hulu di sini.

Sumbangan berupa peralatan dan kelengkapan persekolahan.

Menurut beliau lagi hanya dua Parlimen yang terlibat dalam program tersebut iaitu Gerik di Perak dan Bentong di Pahang.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memgucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan Axiata kerana sudi bekerjasama dengan Yayasan Pendidikan MARA bagi membantu golongan pelajar yang memerlukan.

Dr. Asyraf berharap bantuan dalam bentuk pakaian dan peralatan sekolah yang bernilai RM250 setiap seorang dapat meringankan beban keluarga pelajar.

Program tersebut turut dihadiri Pengerusi Pusat Pembangunan Rekabentuk Malaysia (DDEC) Datuk Aznel Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA Faisalludin Mohamat Yusuff.

-ZS-

Tinggalkan komen anda