Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Kesatuan Guru Sabah Perjuang Kebajikan Pendidik dan Mutu Pendidikan

By 23 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Agku Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh

TAWAU, 23 Feb (MalaysiaAktif) – Kesatuan guru memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kebajikan para pendidik serta meningkatkan mutu pendidikan di negara ini.

Perasmian penutupan Mesyuarat Agung Kesatuan Guru Kerajaan Sabah Cawangan Tawau berjaya diadakan, mencerminkan dedikasi dan komitmen tinggi dalam kalangan para guru terhadap profesion pendidikan.

Rina ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah Datuk Rina Jainal menzahirkan penghargaan terhadap usaha barisan kepimpinan Kesatuan Guru Kerajaan Sabah serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran mesyuarat tersebut.

“Usaha mereka membuktikan kepentingan memperjuangkan kebajikan guru-guru serta meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini.

“Kesatuan Guru Kerajaan Sabah Cawangan Tawau juga memainkan peranan penting sebagai penghubung antara tenaga pendidik dengan pihak berkepentingan bagi memastikan sistem pendidikan terus berkembang maju,” katanya semasa berucap pada program perasmian penutupan Mesyuarat Agung Kesatuan Guru Kerajaan Sabah Cawangan Tawau di Dewan Sri Dinara, Bandar Sri Indah di sini, pada Sabtu.

Dalam ucapannya, beliau turut menekankan cabaran pendidikan masa kini, di mana guru berdepan dengan pelbagai perubahan dan tuntutan baharu, terutamanya dalam era digital.

Rina menyampaikan cenderahati kepada Kesatuan Guru Sabah.

“Oleh itu, kerjasama erat antara kesatuan dan pihak kerajaan adalah kunci kepada masa depan pendidikan yang lebih cemerlang.

“Guru juga tonggak utama dalam sistem pendidikan dan memainkan peranan besar dalam membentuk generasi masa depan yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing,” ujarnya.

Sehubungan itu, Rina menyeru semua pihak untuk menyokong, mengiktiraf dan memberi peluang pembangunan profesional kepada guru agar mereka terus bersemangat dan berdaya saing dalam menjalankan tugas.

Rina berharap Kesatuan Guru Kerajaan Sabah akan terus memperjuangkan hak guru, menjadi rakan strategik kerajaan dalam pembangunan pendidikan serta merealisasikan resolusi yang dipersetujui dalam mesyuarat demi manfaat bersama.

-ZS-

Tinggalkan komen anda