
Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify
MERLIMAU, 23Feb (MalaysiaAktif) – Sambutan Tahun Baharu Cina DUN Merlimau di Perkarangan JAPERUN Bandar Merlimau, di sini kelmarin berlangsung penuh kemeriahan dengan kehadiran keluarga pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Dr. Akmal Saleh ketika menyampaikan ucapan.
Menurut Pengerusi Jawatankuas Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh, program ini dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum dan memberi semangat positif untuk memajukan komuniti di Merlimau.
“Saya menekankan pentingnya semangat perpaduan dan tolong-menolong dalam menghadapi cabaran masa depan serta mengajak semua lapisan masyarakat untuk terus menyokong setiap usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi kesejahteraan bersama,” ujarnya.

Penyampaian sumbangan turut diadakan.
-ZS-