Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PSH MADANI: Eratkan Kasih Keluarga Melalui Ilmu

By 20 Februari 2025Februari 24th, 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Kolej Komuniti Bandar Darulaman (Kedah)

LANGKAWI, 20 Feb (MalaysiaAktif) – Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) MADANI melabuhkan tirainya pada 14 hingga 16 Februari 2025 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.

Dini Chor bersama keluarga suami dan anaknya mengikuti kursus Food Art for Kids

Menurut Pengarah Kolej Komuniti Bandar Darulaman merangkap Pengerusi PSH Kedah dan Perlis, program kali ini menerima penyertaan hampir 1000 orang peserta.

Saiful Zamani bersama kumpulannya dari PL Utara Enterprise, Langkawi

“Program ini bukan sahaja disertai penduduk Langkawi, malah turut menarik perhatian pelancong yang berkunjung ke pulau tersebut,” katanya.

Salah seorang peserta kursus Dini Chor, 53, berharap agar program seumpama ini diteruskan lagi kerana aktiviti berasaskan kemahiran bukan sahaja membentuk individu berpengetahuan tetapi dapat menyatukan institusi kekeluargaan.

Sebanyak 38 kursus pendek melibatkan 11 institusi Kolej Komuniti dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang ditawarkan sepanjang tiga hari program berlangsung.

-AA-

Tinggalkan komen anda