Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

30 Tahun Penantian Berakhir: Peneroka Felda Sungai Buaya Terima Baki Pampasan

By 25 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahmie Rozman

HULU SELANGOR, 25 Feb (MalaysiaAktif) – Detik penuh syukur dan kegembiraan setelah hampir tiga dekad menanti, seramai 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya akhirnya menerima baki pampasan berjumlah RM100,000 setiap seorang.

Amirudin Shari ketika berucap di Majlis Kenduri Kesyukuran dan Penyampaian Bayaran kepada Bekas-bekas Peneroka Felda Sungai Buaya serta Penyerahan Surat Hak Milik Individu berlangsung dengan penuh simbolik.

Majlis Kenduri Kesyukuran dan Penyampaian Bayaran kepada Bekas-bekas Peneroka Felda Sungai Buaya serta Penyerahan Surat Hak Milik Individu berlangsung dengan penuh simbolik kelmarin oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata penyelesaian isu yang tertangguh sejak 1994 adalah hasil kerjasama semua pihak yang berusaha mencari titik noktah biarpun dalam tempoh yang sangat panjang.

“Isu bermula apabila tanah ladang diserahkan untuk pembangunan moden, namun sekitar 2002 syarikat pemaju asal menghadapi masalah kewangan dan akhirnya gulung tikar menyebabkan peneroka tidak menerima pampasan penuh dan pembeli rumah terpaksa berdepan masalah tanpa hak milik.

“Usaha penyelesaian dimulakan semula pada 2018 ketika saya mula memegang amanah sebagai Menteri Besar, setelah melalui proses yang panjang, penyelesaian muktamad diluluskan pada Oktober 2022.

Amirudin Shari menyampaikan bayaran pampasan kepada bekas peneroka pada majlis kenduri kesyukuran dan penyampaian bayaran kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya.

“Hari ini, baki pampasan tertunggak sekitar 30 peratus mula dibayar dengan RM100,000 disalurkan kepada setiap peneroka.

Mengulas lanjut, beliau berkata pentadbiran negeri akan menumpukan pembangunan infrastruktur di Bandar Sungai Buaya selepas hak milik tanah dan bayaran pampasan diselesaikan.

Majlis yang penuh bermakna ini bukan sekadar menoktahkan penantian panjang peneroka, tetapi juga membuka lembaran baharu bagi masa depan Sungai Buaya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda