
Laporan/Foto: Nor Hidayah Ismail (Sarawak)
MERADONG, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Sungai Tulai di sini telah memulakan sesi pembelajaran penggunaan komputer di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Meradong sempena Program Komuniti MADANI X NADI.

Audrey turut memberi taklimat ringkas berkenaan penulisan surat rasmi menggunakan komputer.
Seramai 10 orang ahli Komuniti MADANI Sungai Tulai telah menghadiri sesi pembelajaran tersebut yang antara lainnya didedahkan dengan penggunaan komputer secara asas oleh Audrey Juna, 36, Pengurus NADI Meradong.
Pada sesi kali ini, Audrey telah berkongsi ilmu berkenaan Latihan Asas Menaip Surat dan setiap ahli Komuniti MADANI yang hadir diberi latihan untuk menaip surat menggunakan komputer.

Wong Ming Ging dan Stella Sim Hu Leng bersama-sama membuat latihan yang diajar oleh pihak NADI.
Menurut Ketua Komuniti MADANI Sungai Tulai, Robert Wong Ming Ging, 59, beliau melahirkan rasa bersyukur setelah berpeluang untuk menjalani latihan dari tenaga pengajar yang terlatih.
Manakala bagi Setiausaha Komuniti MADANI, Stella Sim Hu Leng, 50, berkata latihan yang diperolehi kali ini akan dipraktik untuk meningkatkan lagi kemahiran bagi kemajuan dirinya dan komuniti.
Sesi pembelajaran tersebut turut dibantu oleh Penolong Pengurus NADI Meradong, Catherine Kumba dan turut dihadiri oleh Pegawai Penyelaras Komuniti Sungai Tulai, Janica Jasmine Temaga.
-RJ-