Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

31 Nelayan Kampung Rhu10 Terima Bantuan Peralatan Nelayan daripada LKIM

By 26 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nik Awang Yaacob (Setiu)

SETIU, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 31 orang nelayan dari Kampung Rhu10, Penarik, menerima sumbangan bantuan peralatan nelayan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam satu majlis yang diadakan, di sini kelmarin.

Majlis perasmian oleh pengerusi LKIM.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz yang hadir di Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Nelayan dan Perasmian Kedai Nelayan PNK Setiu itu, berkata inisiatif ini bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan golongan nelayan B40 yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan serta memperbaiki taraf hidup mereka.

“Sebanyak RM50,000 telah diperuntukkan untuk bantuan ini, yang mana seorang nelayan menerima sebuah enjin sangkut 40KK, manakala 30 lagi menerima bantuan berupa tong fiber, pukat dan jaket keselamatan,” jelasnya kepada Malaysia Aktif.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Setiu Rofar Ghani, berkata bantuan tersebut memberi impak besar kepada golongan nelayan.

Rafor Ghani (baju hijau )amat bersyukur diatas bantuan peralatan yang diterima.

“Bantuan ini sangat bermakna kerana ia meringankan beban dan memberi semangat baru kepada nelayan untuk terus meningkatkan kecekapan serta kemahiran mereka, sekali gus menyumbang kepada peningkatan produktiviti sektor perikanan,” katanya.

Rofar bersyukur atas sokongan kerajaan MADANI dalam membantu golongan nelayan pantai, yang mana inisiatif ini diharap dapat menambah bekalan ikan dan memastikan kelestarian sumber perikanan di kawasan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda