Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Komited Pertahankan Hutan Hijau di Tasik Chini

By 26 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin

PEKAN, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Kepentingan hutan kepada kehidupan menjadi satu elemen penting yang perlu pertahankan oleh setiap orang termasuk agensi- agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mohd Fakharuddin menyampaikan hasrat kerajaan negeri untuk melihat Pahang lebih hijau di masa hadapan.

Bagi mencapai matlamat tersebut satu majlis menandatangani memorandum persefahaman telah berlangsung antara pihak Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Medan Komuniti Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) UKM, di sini semalam.

Perbadanan Taman Negeri Pahang diwakili oleh Ketua Eksekutif Zainal Abidin Othman manakala UKM pula diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Datuk Dr. Wan Kamal Mujani.

Majlis menandatangani tersebut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Mohd Fakharuddin Mohd Ariff dan Ahli Dewan Undangan Negeri Chini Mohd Shahrin Md Zain.

Persembahan seni tarian tradisional Orang Asli Jakun oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Tasik Chini.

Fakharuddin dalan ucapannya, berkata penubuhan Perbadanan Taman Negeri Pahang adalah langkah strategik untuk memelihara ekosistem penting seperti Tasik Chini, menyediakan ruang untuk kajian sains dan pendidikan alam sekitar.

“Kerajaan Negeri Pahang akan terus memperkukuhkan usaha pemuliharaan alam sekitar dan memastikan pembangunan tidak menjejaskan ekosistem semula jadi dengan harapan kerjasama ini dapat memastikan Rizab Biosfera Tasik Chini terus terjaga,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda