
Laporan/foto: Noor Azza Abdul Aziz
PUTRAJAYA, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Karnival Wanita MADANI 2025 telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bertemakan Wanita MADANI: Tonggak Keunggulan Keluarga dan Pencetus Generasi Gemilang, hari ini.

Deklarasi Wanita MADANI oleh Jawatankuasa MAWIM
Karnival tersebut merupakan inisiatif bagi memperkasa wanita Malaysia untuk berdaya saing dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan kesihatan dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan progresif sejajar dengan konsep MADANI yang menekankan prinsip keadilan, kesaksamaan dan kesejahteraan untuk semua.

Datuk Seri Dr Wan Azizah melawat reruai yang disediakan
Karnival ini dijayakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan KASIH Malaysia.
Antara pengisian program termasuklah empat sesi forum yang membicarakan tentang kesejahteraan mental dan fizikal wanita, peluang wanita mendapat pendidikan sepanjang hayat, pengurusan sosial wanita dan tips mengurus kewangan wanita secara berkesan.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Yang Dipertua YADIM Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.
-AA-