Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Muzakarah Khas Wakaf Sempena Lawatan Rasmi Republik Arab Mesir ke Pulau Pinang

By 27 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff/Shamsul Bahari Abd Shukor (Timur Laut)

GEORGE TOWN, 27 Feb (MalaysiaAktif) – Seiring aspirasi Penang 2030, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan Agenda Pembangunan Agama Islam-Penang 2030 (APAI2030), yang berperanan sebagai landasan utama dalam memperkasakan syiar Islam melalui lima teras utama iaitu Pembangunan Sosioekonomi, Pembangunan Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Pembangunan Anak Muda serta Pembangunan Dakwah dan Tarbiah.

Sheikh Dr. Usamah As-Sayyid menyampaikan Syarahan Utama dalam Majlis Muzakarah Khas Wakaf

Perkara tersebut telah dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada Majlis Muzakarah Khas Wakaf sempena lawatan Rasmi Menteri Wakaf Republik Arab Mesir, Sheikh Dr. Usamah As-Sayyid bertempat di Anjung Seri Mutiara.

Sesi penyerahan cenderahati kenangan kepada delegasi Mesir

“Kerajaan Negeri melihat wakaf sebagai instrumen strategik bagi memperkasakan institusi Islam,” katanya sambil disaksikan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, di sini semalam.

Majlis berakhir dengan sesi penyerahan cenderahati oleh Tun Ahmad Fuzi kepada wakil delegasi dari Mesir, sebagai simbolik hubungan erat antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh agenda wakaf dan pembangunan Islam.

-AA-

Tinggalkan komen anda