
Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)
IPOH, 28 Feb (MalaysiaAktif) – Sesi penyerahan Notis Kekosongan Luar Jangka bagi Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kawasan N.48 Ayer Kuning kepada Suruhanjaya Pilihan Raya telah diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pagi tadi.

Turut hadir Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Jenny Choy Tsi Jen (kiri).
Menurut Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Datuk Mohammad Zahir Datuk Abdul Khalid, pemakluman kematian ADUN Ayer Kuning Allahyarham Ishsam Shahruddin telah diterima daripada Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
“Selaras dengan Perkara 36 (5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, kekosongan luar jangka ini hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Kekosongan itu berlaku.
Datuk Mohammad Zahir turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham bagi pihak Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sejurus selesai sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Turut hadir Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Jenny Choy Tsi Jen, Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak Mohd Nazri Ismail dan Penolong Setiausaha Dewan Negeri Amir Fadli Mohamed Halmi.
-ZS-