Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Lebih 300 Menghadiri ‘Mantai Puasa Jolobu’ 2025

By 1 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Norbaizura Abdul Hamid (Jelebu)

JELEBU, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Lebih 300 orang menghadiri ‘Mantai Puasa Jolobu’ sempena Ramadan yang bakal menjelma Ahad ini.

Program yang diadakan di Kompleks UMNO Bahagian Jelebu ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat setempat membeli barangan keperluan pada harga lebih murah berbanding pasaran tetapi juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan wakil rakyat.

Serahan bantuan peranti kepada pelajar sekolah.

Menurut salah seorang pengunjung dari Kampung Sungai Buloh Rosiah Mad Derus, 58, program seperti ini sangat bagus untuk masyarakat.

“Saya amat berterima kasih kepada Datuk Seri Jalal (Ahli Parlimen Jelebu) keranan memberi ayam dan jagung secara percuma kepada kami.

“Saya berharap program-program seperti akan kerap diadakan walaupun ini pertama kali datang ke program ‘Mantai Puasa Jolobu’,” katanya.

Terdapat juga pendaftaran percuma 200 kad konsesi Program Bus.MY sumbangan Datuk Seri Haji Jalaludin Haji Alias, serta penyampaian peranti kepada 100 pelajar sekolah dalam Parlimen Jelebu.

Pengerusi Koperasi Pelancongan Hanya D’Pasoh.

”Terima kasih kepada Ahli Parlimen Jelebu menjemput kami untuk turut serta dalam program ini di mana ia memberi manfaat kepada rakyat.

“Kami juga dapat mempromosikan Koperasi Pelancongan Hanya D’Pasoh kepada semua rakyat di Jelebu yang mendapat bantuan SejaTi MADANI,” kata Pengerusi Koperasi Pelancongan Hanya D’Pasoh Norazlini Mohd Ali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda