Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanPulau Pinang

MAINPP Salur RM10 Ribu Baik Pulih Masjid Simpang Empat Permatang Buloh

By 4 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan (Seberang Perai Utara)

PERMATANG BULOH, 4 Mac (MalaysiaAktif) – Masjid Simpang Empat Permatang Buloh menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi tujuan penambahbaikan infrastruktur, sekali gus memberi kemudahan yang lebih selesa kepada para jemaah.

Penyerahan kotak makanan kepada asnaf yang terpilih.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, berkata peruntukan ini diberikan hasil permohonan yang dikemukakan oleh pihak kariah masjid.

“Banyak kemudahan di masjid ini perlu dibaik pulih bagi memastikan jemaah dapat beribadah dengan selesa, justeru itu hasil perbincangan antara Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 dan MAINPP permohonan ini telah diluluskan,” katanya ketika berucap dalam program jelajah iftar, di sini semalam.

Selain bantuan kewangan untuk masjid, Dr. Mohamad turut menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada golongan asnaf menerusi Pengerusi Kariah Masjid Simpang Empat Permatang Buloh.

Majlis iftar bersama kariah masjid.

Majlis penyerahan ini merupakan sebahagian daripada program ‘Iftar Jamaie bersama TKM1’, yang merupakan siri jelajah pertama Dr. Mohamad sempena bulan Ramadan tahun ini.

Turut hadir Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Dr. Mohd Sukki Othman, Ketua Hakim Syarie Za’im Md Yudin serta para jemaah kariah Permatang Buloh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda