
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)
PEKAN, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Masjid Padang Polo yang telah dirasmikan pada 19 Oktober 1995 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah kini dinamakan semula oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Masjid Tengku Ampuan Fatimah.

Tuanku Sultan Pahang bertitah supaya Islam ditegakkan dalam setiap urusan.
Majlis pemasyhuran masjid ini disusuli dengan majlis berbuka puasa dan penyampaian kepada golongan yang memerlukan oleh Baginda Tuanku.
Menurut Setiausaha Masjid Ahmad Jalalin Isa, idea menamakan semula masjid ini tercetus daripada idea Tuanku Sultan sendiri yang ingin mengabadikan nama Nenda baginda di masjid tersebut.
“Kami amat bersyukur masjid ini ditukar nama kepada Nenda Sultan Pahang, untuk makluman masjid bukanlah sekadar tempat solat, tetapi juga pusat kegiatan komuniti, pendidikan dan kebajikan untuk semua peringkat umur,” katanya.

Tuanku Sultan Pahang bersama kepimpinan Masjid Tengku Ampuan Fatimah dan rakyat jelata.
Masjid Tengku Ampuan Fatimah yang terletak di kawasan strategik berhampiran Padang Polo Polo, Pekan ini dibina dengan reka bentuk moden yang memasukkan unsur-unsur tradisional Melayu.
Masjid ini mampu menampung sehingga 600 hingga 800 jemaah sekali gus dan dilengkapi dengan kemudahan lengkap seperti serta tempat wuduk yang selesa.
-ZS-