Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kemeriahan Bazar Ramadan di Seri Iskandar

By 5 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Affifa Aroff Nizam/Ahmad Faisal Ahmad Tarmizi (Perak Tengah)

SERI ISKANDAR, 5 Mac (MalaysiaAktif) – Bazar Ramadan di Seri Iskandar terus menjadi tumpuan pengunjung di sini dengan pelbagai juadah makanan dan minuman yang menarik.

Bazar ini terkenal kerana jarak keseluruhan bazar ini adalah sekitar 500 meter.

Gerai Murtabak Warisan menjadi tumpuan pengunjung Bazar Ramadan di Seri Iskandar.

Menurut peniaga Siti Fatimah Nazarudin, 32, sambutan terhadap murtabak jualannya tidak pernah pudar semenjak tahun 2006 sehingga kini.

“Alhamdulillah, setiap kali bazar Ramadan ini berlangsung, jualan murtabak kami sentiasa mendapat sambutan yang luar biasa dan saya bersyukur atas sokongan pengunjung setia,” ujarnya.

Selain itu, bazar ini turut menawarkan kemudahan parkir yang lebih luas, menjadikannya lebih mudah diakses oleh pengunjung yang datang untuk menikmati pelbagai juadah.

Gerai roti john yang menjadi tumpuan pengunjung.

Pengunjung Muhammad Irfan Danial Suhaimi, 18, mengakui bahawa bazar ini lebih meriah berbanding bazar yang lain di sekitar kawasan tersebut.

“Roti john di sini memang menjadi perhatian ramai, kadang-kadang perlu beratur panjang kerana pengunjung ingin membelinya dan mencubanya,” katanya ketika ditemu ramah semalam.

Kehadiran pengunjung yang ramai bukan sahaja memberikan suasana meriah tetapi juga menunjukkan bazar ini menjadi destinasi utama untuk berbuka puasa di kawasan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda