
Laporan/foto: Syed Mohd Adib/Pejabat Daerah Segamat (Segamat)
SEGAMAT 5 Mac (MalaysiaAktif) – Rombongan Ketua Jabatan serta agensi kerajaan daerah Segamat yang diketuai oleh Pegawai Daerah Segamat telah berkunjung dan menyantuni jemaah Masjid Saidina Ali Kampung Spang Loi bagi melaksanakan program solat sunat tarawih, di sini semalam.

Solat sunat tarawih bersama antara Jabatan Kerajaan dengan penduduk
Jemaah masjid dan penduduk kampung menyambut rombongan ketua jabatan dengan gembira serta menghargai keprihatinan pimpinan daerah yang turun padang menyantuni rakyat.
“Syukur dan terima kasih kerana masjid ini telah dipilih menjadi lokasi bagi acara tahunan yang diterajui oleh Pejabat Daerah Segamat pada setiap tahun menjelangnya bulan Ramadan,” kata Ketua Kampung Spang Loi, Zamri Bachok.
Pegawai Daerah Segamat Ezzuddin Sanusi, berkata program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara jabatan kerajaan dan komuniti setempat.
“Ia merupakan program tahunan yang dilaksanakan setiap kali Ramadan,” katanya.

Ucapan aluan daripada Ketua Kampung Spang Loi.
Ezzuddin turut menyerahkan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) kepada sepuluh penerima asnaf sekitar Kampung Spang Loi.
Seorang penerima sumbangan asnaf, Md Noh Sudin, 44, mengucapkan terima kasih kepada MAIJ atas sumbangan barangan dapur yang diterima.
Turut hadir Kadi Daerah Segamat Hamizan Sayuti, Yang Dipertua Majlis Daerah Labis Sulaiman Ismail serta ketua-ketua jabatan daerah Segamat.
-ZS-