
Laporan/foto: Amir Rithauddin (Hulu Selangor)
HULU SELANGOR, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Peniaga Bazar Ramadan Mampan anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dinasihatkan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur terutamanya melibatkan aspek kebersihan, pengurusan sisa buangan, lesen perniagaan serta meletakkan tanda harga.

Pegawai KPDN memeriksa tanda harga pada baranganĀ jualan
Operasi pemantauan dan pemeriksaan bersepadu dilaksanakan di Bazar Ramadan Mampan, Jalan Seroja Bukit Sentosa semalam melibatkan agensi di daerah Hulu Selangor seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor serta MPHS.

Peniaga menjelaskan kaedah pembuangan sisa dan sampah kepada pihak MPHS yang menjalankanĀ pemantauan
Menurut Timbalan Ketua Cawangan KPDN Kuala Kubu Bharu, Mohd Sukri Mohamad, operasi bersepadu ini bukan sahaja bertujuan mengawal pematuhan syarat Bazar Ramadan tetapi juga memastikan hak pengguna terpelihara.
āKami menitikberatkan kebersihan gerai, pematuhan lesen perniagaan serta pengurusan sisa yang sistematik.
āSelain itu, setiap peniaga diwajibkan meletakkan tanda harga yang jelas bagi mengelakkan kekeliruan dalam urusan jual beli dan mana-mana peniaga yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tegas serta-merta,ā katanya.
MPHS melalui Jabatan Perlesenan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, dan Jabatan Penguatkuasaan turut memainkan peranan penting dalam memastikan kawalan ketat di bazar tersebut.
Operasi dijalankan bagi memastikan aspek kesihatan, keselamatan dan kepentingan pengguna sentiasa diberi perhatian seterusnya meningkatkan tahap keyakinan pelanggan untuk membeli juadah-juadah kegemaran mereka di bazar Ramadan.
Operasi di Bazar Ramadan Mampan, Jalan Seroja Bukit Sentosa semalam melibatkan 84 buah gerai dan operasi ini akan diteruskan di semua Bazar Ramadan Mampan di seluruh Hulu SelangorĀ secaraĀ berkala.
-AA-