
Laporan/foto: Mohammad Amirul Dait (Kuala Penyu)
KUALA PENYU, 7 Mac (MalaysiaAktif) – Masyarakat diingatkan untuk tidak mudah terpedaya dan mengelakkan berkongsi maklumat peribadi seperti nombor kad kredit, kata laluan atau OTP kepada pihak yang tidak dikenali.
Pegawai Penerangan Daerah Kuala Penyu Hamdan Tahir, berkata setiap individu perlu cakna dan membuat pengesahan kepada pihak berkuasa berhubung maklumat atau tawaran yang diterima melalui telefon, e-mel atau media sosial sebelum membuat sebarang keputusan.

Junaidi merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam kejayaan majlis ini, memperkukuhkan hubungan komuniti.
“Pada masa kini masyarakat sering terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman yang sukar dilihat. Dengan ini diharap agar sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri daripada terjerumus dalam perangkap penipuan siber.
“Disyorkan agar masyarakat menggunakan aplikasi keselamatan yang boleh mengesan dan menyekat panggilan atau mesej yang mencurigakan daripada pihak scammer, contohnya aplikasi seperti Truecaller boleh membantu mengesan dan menyekat panggilan atau mesej yang mencurigakan daripada pihak scammer,” katanya semasa Program Jiwa@Komuniti Madani dan Majlis Ziarah Kasih Ramadan di Kampung Jungkun, Menumbok, di sini pada Rabu.
Sementara itu, Pengerusi Masjid Kampung Jungkun, Junaidi Joon, percaya program berkenaan bukan sahaja mengeratkan silaturahim penduduk kampung malah berfungsi sebagai platform meningkatkan kesedaran mereka mengenai isu-isu semasa.
“Saya sangat gembira dan berbangga dengan kejayaan majlis ini di mana program seperti ini bukan hanya dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, tetapi juga memberikan kesedaran tentang isu-isu semasa yang perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat.

Limus menyampaikan ‘duit raya’ kepada kanak-kanak bawah 12 tahun, menambah keceriaan suasana Ramadan di Kampung Jungkun, Menumbok, Kuala Penyu.
“Kami berharap majlis sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk memperkukuhkan lagi semangat kekitaan dalam kalangan penduduk kampung, sementara bantuan daripada Datuk Limus sangat dihargai dan diharapkan dapat terus memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, serta membawa lebih banyak manfaat kepada pembangunan kampung kami,” katanya.
Untuk makluman program tersebut adalah anjuran bersama Komuniti MADANI Projek Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) Sarap Siampak, Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kuala Penyu, Masjid Kampung Jungkun dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Jungkun.
Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury yang turut hadir menyampaikan sumbangan kurma dan bantuan kepada wakil penerima asnaf serta menyerahkan tabung kepada pengerusi masjid dan surau di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Melikai dan menyumbangkan duit raya kepada kanak-kanak bawah 12 tahun yang hadir.
-RJ-