Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Buah ‘Kelampai’ – Kacang Hutan Di Borneo

By 7 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Nor Hidayah Ismail (Sarawak)

BINTANGOR, 7 Mac (MalaysiaAktif)– Buah yang digelar sebagai kacang hutan ini dikenali sebagai ‘Kelampai’ di dalam Bahasa Iban dan merupakan buah dari pokok hutan yang berwarna kecoklatan dan berkulit keras serta mempunyai isi putih seakan-akan isi biji getah.

Kacang hutan kepulauan Borneo yang berkulit keras dan berwarna kecoklatan.

Pokok Kelampai yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 hingga 30 kaki tinggi merupakan pokok hutan yang hanya ada di kepulauan Borneo namun amat jarang dijumpai dan dipercayai hanya berbuah setahun sekali.

Menurut Julia Yusop, 40 tahun, beliau menjual buah ini sebagai sumber pendapatan keluarganya dan diperolehi oleh suaminya dari bahagian Serian, Sarawak.

Oleh kerana jarang dijumpai, buah ‘Kelampai’ ini mempunyai nilai yang agak tinggi di pasaran.

Julia menimbang buah ‘Kelampai’ yang dibeli oleh pembelinya.

Beliau turut menjelaskan bahawa buah ini boleh disediakan dengan cara terlebih dahulu memecahkan kulit kerasnya dan merebus isinya selama lebih kurang setengah jam sehingga lembut dan apabila dinikmati mempunyai rasa enak dan lemak manis.

“Secara peribadi rasanya seakan-akan rasa biji buah cempedak atau buah berangan namun lebih lemak,” ujar Julia semalam.

Selain itu, untuk lebih citarasa, biji ‘Kelampai’ ini boleh digoreng bersalut tepung cucur dan dinikmati sebagai hidangan minum petang.

-RJ-

Tinggalkan komen anda