
Laporan/Foto: Nurain Abdullah (Sarawak)
LIMBANG, 7 Mac (MalaysiaAktif) – Air tebu madu mempunyai rasa yang manis dan menyegarkan menjadikannya minuman yang sentiasa mendapat permintaan.
Sesuai diminum ketika cuaca panas, ia dapat menghilangkan rasa dahaga sementara rasa manisnya datang secara semulajadi tanpa tambahan gula.

Noriyah menunjukkan Air Tebu Madu untuk dijual.
Seorang pengusaha air tebu madu, Noriyah Patah, berusia 55 tahun dari Kampung Bukit Luba di sini telah mengusahakan air tebu madu sejak lima tahun lalu.
“Saya mengusahakan perniagaan ini bersama suami saya dan mereka mengambil tebu dari kebun milik keluarga mereka sendiri,” katanya ketika ditemui kemarin.
Noriyah menjelaskan bahawa mereka telah mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian untuk mengusahakan ladang tebu madu milik mereka.

Proses memerah tebu dilakukan oleh suami Noriyah.
Katanya, kini mereka menjana keuntungan sekitar RM2,000 sebulan dengan permintaan yang lebih tinggi pada bulan puasa berbanding waktu lain.
“Selain itu, air tebu madu kami juga ditempah oleh peniaga lain untuk dijual di gerai atau kedai mereka secara kecil-kecilan,” jelasnya.
Air Tebu Madu ini dijual dengan harga RM6.00 sebotol (1.5 liter).
-RJ-