Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bubur Lambuk Simbol Perpaduan

By 9 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Bubur lambuk bukan sekadar makanan tradisional, tetapi menjadi simbol perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Selangor, Burhanuddin Daud, berkata ia dilihat melalui kepelbagaian ramuan digunakan dalam menyediakan hidangan kegemaran ramai terutama ketika bulan Ramadan.

Burhanuddin ketika menyampaikan ucapan di program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Selangor

Selain itu, perpaduan itu dapat dilihat melalui semangat saling bekerjasama untuk menyiapkan juadah berkenaan.

Kelihatan petugas program bubur lambuk berganding bahu memasak juadah kegemaran ramai itu di bulan Ramadan

“Untuk menyiapkan hidangan ini, kita perlu minyak untuk tumis bersama bawang merah, bawang putih kemudian rempah-rempah lain termasuk udang dan daging.

“Melalui hidangan bubur lambuk ini, ia menunjukkan bahawa perpaduan adalah penting dalam sesebuah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Selangor di Taman Seri Gombak, di sini semalam.

Program tersebut dirasmikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang turut serta menyediakan bubur tersebut sebelum edarkan kepada orang ramai.

Menurut Burhanuddin, program masak bubur lambuk akan dilaksanakan di 346 kawasan rukun tetangga (KRT) seluruh negeri Selangor.

Pada program sama, beliau mengambil peluang menasihatkan orang ramai agar menjaga sensitiviti terhadap isu-isu berkaitan raja, kaum, dan agama (3R) untuk menjamin perpaduan kaum.

Beliau turut menyeru seluruh kepimpinan KRT tidak berkongsi maklumat-maklumat yang tidak pasti.

-AA-

Tinggalkan komen anda