Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanPerak

AJK Masjid Aziziah Edar 500 Bubur Lambuk

By 9 Mac 2025Mac 25th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Mior Asrul Hadi (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Aziziah , Batu 10, di sini membuat edaran bubur lambuk sebanyak 500 bungkus kepada jemaah masjid sempena solat Jumaat, kelmarin.

Pengerusi Masjid Aziziah Iswan Ismon, 56, berkata edaran ini dilakukan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Bagan Datuk (PPD BD) bersempena Program JIWA @ Sembang Santai Komuniti Madani.

Jemaah Masjid Aziziah teruja menerima bubur lambuk yang diedarkan.

“Bubur Lambuk dimasak secara gotong-royong bersama-sama dengan kakitangan PPD BD bermula dari pagi dan berjaya diselesaikan sebelum tengah hari.

“Melalui aktiviti ini, kami bukan sahaja mengeratkan hubungan antara satu sama lain tetapi juga menambah amal jariah di bulan Ramadan ini,” ujarnya ketika ditemubual.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang Wasanthee Sinnasamy turut hadir untuk bersama-sama membuat edaran bubur lambuk dan buah kurma kepada jemaah yang hadir.

Wasanthee Sinnasamy mewakili Pejabat Penerangan menyerahkan sumbangan kepada IPD Bagan Datuk.

“Kami turut menghantar sumbangan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk sebagai tanda terima kasih atas khidmat dan dedikasi mereka dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,”ujarnya.

Turut hadir Orang Besar 32 Bagan Datuk Toh Mangku Diraja Ahmad Zawawi Abd Aziz dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bagan Datuk Deputi Superintenden Polis (DSP) Azhar Abu Hashim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda