Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Bubur Lambuk Imarah Bulan Ramadan

By 10 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Intan Rasyidah Mustapa

KLEBANG, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Bubur lambuk sememangnya tidak asing lagi dengan masyarakat Malaysia terutama di bulan Ramadan.

Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Noor Adha Hashim duduk tiga dari kanan turut sama memeriahkan program tersebut.

Sempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI Pulau Gadong Sembang Santai, yang berlangsung semalam di Madrasah Muhammad Al Waaliyah Pulau Gadong, ahli Komuniti Madani bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Pulau Gadong Abdul Rahman Mohamad, 62, program Bubur Lambuk ini adalah salah satu aktiviti yang dijalankan oleh Komuniti MADANI bagi mengimarahkan bulan Ramadan.

“Komuniti MADANI berperanan besar sebagai mata dan telinga kerajaan bagi menyampaikan dasar kerajaan dan menerima maklumat balas rakyat untuk disampaikan kepada kerajaan sebagai satu komunikasi dua hala yang berkesan.

Bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai untuk berbuka puasa.

“Selain aktiviti yang kita jalankan hari ini, pelbagai lagi inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI),” ujarnya ketika berucap dalam majlis perasmian program tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda