Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Hampir 30 Rumah Terlibat Kejadian Ribut di Sekinchan

By 12 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hanif Tukija (Sabak Bernam)

SEKINCHAN, 12 Mac (MalaysiaAktif) – Hampir 30 buah rumah di Taman Ria, di sini terlibat dalam kejadian ribut dalam kejadian sekitar pukul 4.00 petang semalam.

Salah sebuah rumah penduduk yang terjejas akibat ribut.

Kejadian berkenaan mengakibatkan bumbung dan siling rumah berkenaan rosak dan diterbangkan angin ribut tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Datuk Ng Suee Lim, berkata beliau telah berhubung dengan Pegawai Daerah Sabak Bernam supaya membuka pusat pemindahan sementera (PPS).

“Saya telah hubungi Pegawai Daerah agar membuka PPS untuk menempatkan mangsa-mangsa terlibat,” katanya yang ditemui ketika turun padang meninjau kejadian berkenaan.

Ng Suee Lim bertanya keadaan kepada penduduk yang terjejas akibat kejadian ribut semalam.

Ng Suee Lim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru Selangor turut memaklumkan pihak bomba telah bergegas ke kawasan kejadian untuk membantu penduduk terlibat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda