
Laporan/foto: M Zakry Chan/Farisya Farnoh
AYER KEROH, 14 Mac (MalaysiaAktif) – Melaka bakal dilanda ‘perubahan iklim ekstrem’ apabila ‘salji’ akan turun di bumi Bandar Raya Bersejarah ini.

Carol Choong memberi penerangan berkaitan Snow World Melaka Mall.
Ia berikutan pembukaan Snow World Melaka Mall pada 21 Mac ini dan bakal menjadi produk pelancongan terbaharu di Negeri Melaka.
Menurut Pengarah Urusan taman tema tersebut Carol Choong, Snow World Melaka Mall direka khas membawa pengalaman berbeza dengan menampilkan ikon warisan tempatan seperti Jonker Walk, Kampung Morten dan Bangunan Merah dengan pemandangan dilitupi salji.
“Melihat perkembangan terkini sektor pelancongan di Melaka saya yakin konsep yang diilhamkan ini dapat menarik lebih ramai pelancong ke Melaka.

Para wartawan diberi peluang memasuki Snow World Melaka Mall bagi merasai sendiri suasana Melaka bersalji.
“Pengunjung berpeluang merasai keindahan budaya tradisi Melaka dalam cuaca yang dingin bersalji,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.
Kerajaan Negeri Melaka melanjutkan Tahun Melawat Melaka sehingga 2026 selaras pemilihan Melaka sebagai tuan rumah Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) dan Persidangan Pelancongan Sedunia 2025 (WTC2025).
-ZS-