
Laporan/foto: Siti Nor Farhana (Manjung)
MANJUNG, 14 Mac (MalaysiaAktif) – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan menanam pokok sebagai simbolik merasmikan Masjid Daerah Manjung di Masjid Ar-Raudhah, Sitiawan, di sini semalam.

Suasana ketika berbuka puasa bersama-sama Sultan Perak.
Baginda juga berbuka puasa bersama lebih 500 hadirin terdiri daripada ketua jabatan dan penduduk tempatan sebelum menunaikan solat maghrib secara berjemaah.
Sementara itu, penduduk setempat Siti Aisyah, 57, melahirkan rasa gembira dan teruja kerana dapat merakamkan pengalaman indah berbuka puasa bersam-sama Sultan Perak.

Sultan Perak berkenan bergambar bersama-sama kepimpinan Masjid Ar-Raudhah.
“Ini merupakan pengalaman manis pada bulan Ramadan apabila dapat berbuka puasa bersama Sultan kesayangan rakyat di negeri ini,” katanya ketika ditemu ramah.
Baginda seterusnya berkenan berangkat bagi menunaikan solat isyak dan solat tarawih berjemaah serta bersantap menikmati juadah moreh.
-ZS-