Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Jiwa@Komuniti Madani Perkukuh Hubungan Silaturahim

By 16 Mac 2025Mac 25th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Mohd Hussin Abdullah

KOTA BHARU, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Program Jiwa@Komuniti Madani Kemasyarakatan (Majlis Berbuka Puasa) anjuran Komuniti MADANI Lundang, di sini semalam mendapat sambutan meriah daripada ahli komuniti, sekali gus memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.

Ucapan Pegawai Penerangan Daerah Kota Bharu.

Dalam program tersebut, ketuanya Ab. Wahab Harun, turut menyampaikan sumbangan Ramadan berupa barangan makanan asas kepada ahli komuniti yang kurang berkemampuan.

“Inisiatif ini bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan serta menyemarakkan nilai keprihatinan dalam masyarakat,” katanya.

Pegawai Penerangan Daerah Kota Bharu Mohd Zamzuri Salleh, berkata program ini bukan sahaja menghidupkan semangat Ramadan, tetapi juga menjadi platform untuk mempererat ukhuwah dan perpaduan dalam komuniti.

“Suasana pada petang ini jelas menunjukkan betapa pentingnya ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga peluang untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim,” katanya.

Penyampaian sumbangan kepada ahli Komuniti.

Mohd Zamzuri turut menekankan kepentingan program sebegini dalam menyebarkan maklumat kerajaan kepada masyarakat, selaras dengan usaha memperkasa hubungan antara rakyat dan pihak berkuasa.

Turut hadir Ketua Komuniti MADANI Pintu Geng Wan Husin Wan Yusoff dan Ketua Komuniti MADANI Kebun Sultan Mohd Shazwan Mohd Nadery.

Program ini bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan dalam masyarakat, malah membuktikan peranan komuniti dalam membentuk masyarakat yang lebih prihatin dan bersatu padu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda