Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri disambut Meriah Rakyat Pelbagai Kaum

By 17 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi/Mohd Khairulnizam

TAMPIN , 17 Mac (MalaysiaAktif) – Kehadiran YAB Perdana Menteri Dato Seri Utama Anwar Ibrahim ke Majlis Berbuka Puasa di Padang Serbaguna Tampin disambut meriah oleh lebih 1,000 masyarakat berbilang kaum.

Menteri Besar ketika menyampaikan ucapan

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminudin Harun dalam ucapannya menyatakan bahawa makanan tradisi Negeri Sembilan dihidangkan untuk tetamu yang hadir ke majlis ini.

“Kebiasaannya, tetamu akan dihidangkan dengan makanan tradisi semasa berkunjung ke negeri ini. Suka saya maklumkan majlis hari ini turut menerima sumbangan dari Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol yang berupa daging masak lompap serta kuih apam Johol yang merupakan signature di Negeri Sembilan,” katanya.

Antara tetamu yang hadir

Beliau turut mengumumkan akan menganjurkan NS Fest dan Perpatih Fest pada Julai tahun ini selaras dengan persediaan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 (TMNS 2026).

“Kerajaan negeri berbesar hati sekiranya terdapat bantuan, kemudahan dan infrastruktur yang membantu meningkatkan kehidupan rakyat di negeri ini, contohnya pembangunan pertanian pintar dengan penggunaan automasi dan Internet of Things (IoT) dalam pertanian (Precision Farming).

“Selain itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan wajar membantu mempercepat projek tanaman premium dan industri hiliran pertanian bagi menambah nilai kepada hasil tani tempatan di Negeri Sembilan,” ujarnya.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan YB Dato’ Hj MK Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan YB Dato’ Mohd Zafir Ibrahim.

-AA-

Tinggalkan komen anda