Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Wanita Pahang Hidupkan Ramadan

By 17 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irmadiana/Sh. Nurrul (Bera)

BERA, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Kejayaan Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Wanita Peringkat Negeri Pahang Tahun 2025 Masihi/1446 Hijrah ini adalah hasil kesepakatan, usaha kolektif dan komitmen pelbagai pihak dan agensi.

Tengku Ampuan Pahang berkenan meluangkan masa bertadarus sempena Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Wanita Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Datuk Sabariah Saidan, berkata beliau mengambil inisiatif mengadakan majlis ini bagi menghidupkan lagi suasana Ramadan di Negeri Pahang dan mengambil peluang bagi mengumpulkan golongan wanita dalam satu majlis ilmu yang banyak memberikan manfaat kepada golongan ini.

Sabariah Saidan berkata demikian di program tersebut di Masjid Darul Fikri, di sini hari ini.

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al Haj turut berkenan berangkat hadir dan bertadarus selama hampir dua jam.

Antara yang menyertai majlis tadarus hari ini.

“Di kesempatan ini, patik mohon limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku untuk patik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini terutama kepada Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang atas segala perancangan dan penyelarasan yang telah diadakan di peringkat negeri dan daerah bagi memastikan program ini dibuat dengan teliti sekali.

“Melalui majlis ini juga, wanita-wanita ini dapat berkenalan, membina ukhwah sesama mereka dan seterusnya dapat bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda