Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Semangat Perpaduan Menjadikan Hidup Aman dan Harmoni

By 18 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Azhar (Muallim)

TANJONG MALIM, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Perpaduan dan toleransi dalam masyarakat penting dalam memastikan kestabilan dan kemajuan negara.

Chang Lih Kang beramah mesra serta mendengar keluhan dan masalah daripada masyarakat setempat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, berkata semangat perpaduan akan menjadikan kita hidup aman dan harmoni, lebih-lebih lagi di Tanjong Malim ini.

“Majlis ini diadakan bagi menghargai golongan yang banyak menyumbang kepada masyarakat serta mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan,” katanya.

Chang berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa Parlimen Tanjong Malim di MySanding Glass Hall, di sini kelmarin.

Barisan pengerusi dan setiausaha masjid yang menerima sumbangan duit raya.

Pada majlis tersbut Chang turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada pengerusi, setiausaha, dan bendahari masjid serta lebih 50 orang anak-anak yatim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda