Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai Dekatkan Komuniti

By 18 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abang Hairman Abang Fauzi (Sarawak)

KOTA SAMARAHAN, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai di perkarangan Surau Darul Amanah, Kampung Pinang, Samarahan, di sini kelmarin berjaya mendekatkan komuniti dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Menurut Timbalan Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Pinang, Azman Salleh, 50, penganjurannya bukan sahaja mendekatkan ahli Komuniti MADANI kepada masyarakat malah memberi peluang kepada ahli Komuniti MADANI menyalurkan maklumat dasar-dasar kerajaan kepada penduduk kampung.

Latip Samsudin (dua kanan) mengagihkam bubur lambuk kepada penduduk Kampung Pinang.

“Kini kita ada ChatBot iaitu Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) yang telah diwujudkan oleh kerajaan untuk kegunaan rakyat bagi menyemak kesahihan sesuatu berita dan maklumat di media sosial,” katanya.

Menurutnya lagi, ia bukan sahaja menyaksikan keberadaan Ahli Komuniti MADANI kepada masyarakat setempat bahkan ia juga memupuk kerjasama dengan penduduk kampung dan menyemai sifat bersedekah.

Dalam program tersebut Pejabat Penerangan Daerah Kota Samarahan meneruskan tradisi memasak bubur lambuk secara gotong-royong untuk diedarkan kepada orang ramai.

Penganjuran program yang disertai seramai 60 orang ahli Komuniti MADANI Kampung Pinang dan penduduk kampung itu telah berjaya mengedarkan sebanyak 320 bekas bubur lambuk.

-RJ-

Tinggalkan komen anda