Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Permintaan Kelapa, Santan Dijangka Meningkat Sehingga Aidilfitri

By 19 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

TANAH MERAH, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Permintaan terhadap kelapa dan santan di negara ini terus meningkat, terutama menjelang bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Namun, kekurangan bekalan buah kelapa tempatan akibat faktor cuaca dan musim melawas menyebabkan harga semakin mahal di pasaran.

Menurut seorang pembekal dan peniaga kelapa serta santan dari Taman Barakah, di sini Mohd Zulfikri Meli, 37, bekalan kelapa tempatan kini sukar diperoleh, menyebabkan ramai peniaga terpaksa mendapatkan kelapa dari negara jiran.

“Buah kelapa tempatan banyak yang tidak menjadi dan luruh awal disebabkan perubahan iklim.

Buah kelapa yang siap dikupas diasingkan oleh Era lbrahim.

“Ini menyebabkan harganya mahal, antara RM4 hingga RM6 sebiji, manakala harga santan boleh mencecah RM20 sekilogram atau lebih,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Zulfikri yang mendapatkan bekalan kelapa dari Indonesia, berkata permintaan melonjak mendadak menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

“Setiap tiga atau empat hari, saya menerima bekalan kelapa bergantung kep

ada permintaan.

“Dengan bantuan empat pekerja, saya cuba memenuhi pesanan pelanggan, terutama ketika musim perayaan,” katanya.

Ibunya, Sepiah Mat Rejab, 71, berkongsi bahawa perniagaan ini telah diusahakan sejak sekian lama bersama arwah suaminya.

“Sebut sahaja Abang Lie Santan, semua orang tahu. Perniagaan ini sudah lama kami jalankan dan kini anak-anak meneruskannya.

Sepiah menunjukkan buah kelapa yang siap dibelah.

“Kami juga menghantar dan membekalkan santan kepada pelanggan tetap,” katanya.

Seorang pekerja kedai memproses santan, Era Ibrahim Omar, 24, berkata dia bekerja secara sambilan untuk menambah pendapatan bagi menyambut Aidilfitri.

“Daripada duduk melepak, lebih baik saya bekerja untuk kumpul duit raya,” katanya sambil sibuk memproses kelapa.

Permintaan yang tinggi terhadap kelapa dan santan dijangka berterusan sepanjang Ramadan, sekali gus memberi cabaran kepada peniaga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi memenuhi keperluan pelanggan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda