Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Tema Warna Meriahkan Persiapan Raya Orang ‘Penghelih’

By 21 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nuranisha/Noor Aini (Perlis)

KANGAR, 21 Mac (MalaysiaAktif) – Lebih kurang sepuluh hari lagi umat Islam akan menyambut 1 Syawal, bazar raya di Kangar Jaya, di sini kini kelihatan mula sibuk dengan kehadiran orang ramai yang memilih pakaian mengikut trend terkini tema warna baju raya pada tahun ini.

Bazar raya di Kangar Jaya menawarkan pelbagai jenis warna tudung untuk pilihan pengunjung.

Tinjauan wartawan Malaysia Aktif mendapati pelbagai pilihan warna menjadi pilihan pengunjung warga ‘Penghelih’ (Perlis) untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini termasuk kirmizi atau merah tua; tona tanah atau warna perunggu; hitam atau langking dan lain-lain lagi.

“Rata-rata pakat cari warna rich brown (coklat) atau burgundy (merah kekundangan), rasanya harga setakat ini saya tengok berpadanan, kualiti dan berpatutan,” kata Nur Aina Syamimi, 24, yang sedang mencari busana wanita.

Seorang lagi pengunjung Nor Asmah Yob, 50, berkata beberapa warna menjadi pilihan pengunjung seperti  rona hijau dan juga rona coklat.

Antara pengunjung yang hadir di bazar raya di Kangar Jaya.

“Saya lihat ramai juga cari warna kemerahan, ungu atau hitam.

“Tidak terkecuali saya dan keluarga memilih warna tema hitam juga untuk tahun ini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda