Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Memahami Silang Budaya Tingkat Perpaduan Kaum

By 21 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Fandy Azam

AYER KEROH, 21 Mac (MalaysiaAktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI Sembang Santai telah berlangsung semalam dengan mengedarkan 900 pek bubur lampuk kepada warga Menara Persekutuan, Ayer Keroh.

Semua masyarakat perlu memainkan peranan bagi memupuk perpaduan kaum

Program kerjasama antara Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah, Ambang Wira dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dilaksanakan setiap tahun bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan tahun ini.

Kerk Chee Yee hadir bersama mengedarkan bubur lambuk

Menurut Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka merangkap Ahli Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ayer Keroh, Kerk Chee Yee, kita harus memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum dengan memahami silang budaya agar masyarakat yang berbilang bangsa berbeza agama memahami antara satu masa lain.

“Seperti program hari ini, kita berpeluang memahami apa makna sebenar bulan Ramadan dan aktiviti memasak bubur lambuk kemudian sama-sama kita bersedekah merasai nikmat bersama.

“Setiap program-program yang saya jalankan, saya sedaya upaya mengundang pelbagai kaum, terutama dalam meraikan hari perayaan yang disambut di Malaysia.

“Saya percaya kita boleh boleh memainkan peranan bagi menjayakan agenda negara untuk mewujudkan sebuah masyarakat majmuk berteraskan perpaduan kaum bagi memajukan negara tercinta,” ujar beliau ketika berucap merasmikan program tersebut di Menara Persekutuan, di sini semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda