
Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)
SHAH ALAM, 21 Mac (MalaysiaAktif) – 500 penjawat awam di Bangunan Darul Ehsan (BDE) menerima sumbangan kuih raya dan juadah berbuka sempena program Ihya’ Ramadan anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI yang berlangsung semalam.

500 penjawat awam di Bangunan Darul Ehsan (BDE) menerima sumbangan kuih raya dan juadah berbuka sempena program Ihya’ Ramadan anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI yang berlangsung semalam.
Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor, berkata sebanyak RM4 juta diperuntukkan oleh MBI merangkumi sumbangan kepada masjid serta surau, bantuan raya untuk asnaf, penganjuran majlis berbuka puasa bersama Persatuan penduduk serta program mengimarahkan Ramadan.
“Setiap tahun MBI mengadakan program Ihya’ Ramadan sepertimana hari ini, kita menyediakan 500 pek juadah berbuka setiap hari kepada warga BDE dan setiap hari Jumaat juga 500 pek diberikan kepada warga Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).
“Istimewanya setiap hari jumaat, kita ada menu tambahan iaitu bubur lambuk dan kambing kuzi, pada awal Ramadan juga kita turut mengagihkan kurma dan pada hari ini, kita menyampaikan sumbangan kuih raya,” katanya yang ditemui selepas penyampaian kuih raya kepada warga BDE, semalam.

Penjawat awam di Bangunan Darul Ehsan (BDE) beratur untuk mendapatkan sumbangan kuih raya dan juadan berbuka di lobi BDE.
Sementara itu, penjawat awam Ahmad Farid Ismail, 37, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak MBI atas inisiatif ini.
“Saya mengambil juadah berbuka setiap hari dan inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan kos saya, terutama bagi saya yang masih bujang,” ujarnya.
Sumbangan juadah berbuka sempena Program Ihya’ Ramadan anjuran MBI ini bermula 2 hingga 24 Ramadan 1446H.
-ZS-