
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
SELAYANG, 21 Mac (MalaysiaAktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari melapangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Bandar Baru Selayang, di sini hari ini.

Amirudin mengagihkan kurma kepada salah seorang peniaga Bazar Ramadan Bandar Baru Selayang hari ini.
Katanya, kehadiran beliau di bazar berkenaan untuk bertemu rakan-rakan sambil mengagih buah kurma kepada pengunjung dan peniaga.
“Selain itu kita mempromosikan Platform Selangor (PLATS) iaitu satu kemudahan ke arah digital kepada peniaga-peniaga,” katanya ketika ditemui.
Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak meluangkan masa kira-kira 45 minit turut membeli beberapa juadah berbuka puasa antaranya martabak serta pulut bakar.
Beliau diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer Anfaal Saari dan Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen.

Amirudin kelihatan sedang membeli kuih di salah sebuah gerai Bazar Ramadan Bandar Baru Selayang.
PLATS ialah sebuah inisiatif oleh kerajaan negeri Selangor yang bertujuan untuk mempromosikan dan menyokong perniagaan tempatan, terutamanya dalam sektor makanan dan minuman.
Ia diperkenal di negeri ini pada Ramadan 2020 bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital.
-ZS-