
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
SELAYANG, 22 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 600 orang di kawasan Taman Templer menerima baucar ‘Jom Shopping Perayaan Aidilfitri’ dalam program yang diadakan di Pasaraya Sri Ternak, di sini hari ini.

Anfaal Saari berucap di Program ‘Jom Shopping’ Aidilfitri DUN Taman Templer hari ini
Setiap penerima boleh menebus baucar tersebut untuk membeli barangan keperluan berjumlah RM200 di pasaraya berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, berkata program berkenaan merupakan tradisi kerajaan Selangor pada setiap perayaan besar.

Anfaal bersalaman dengan penerima baucar
“Ini adalah hasrat kerajaan negeri untuk meringankan sedikit beban dalam musim perayaan ini untuk membeli barang keperluan dan sebagainya,” katanya.
Selain itu, Anfaal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat menyambut baik pengumuman Perdana Menteri pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) semalam.
“Jadi banyak berita baik untuk hari raya ini, tahniah dan terima kasih kepada kepimpinan Perdana Menteri kita.
“Sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan akan pastikan dapat mentadbir negeri dengan baik seterusnya manfaatnya kembali kepada rakyat Selangor,” ujarnya.
-AA-