Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

325 Peserta Malaysia-Indonesia Khatam Al-Quran Bersama

By 16 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

SHAH ALAM, 22 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 325 pelajar dan pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Caltex Riau (PCR), Indonesia menyertai program Khatam Al-Quran secara hibrid semalam.

Program tersebut dianjurkan Jabatan Perdagangan dan diketuai pelajar Techno Huffaz PSA.

Menurut Timbalan Pengarah Akademik PSA, Ts Dr Ahmad Aftas Azman, ia merupakan salah satu pengisian aktiviti bulan Ramadan di samping memperkukuh hubungan kolaborasi yang sedia terjalin antara kedua-dua institusi.

Muhammad Ilham Mohd Sofri, pelajar Techno Huffaz program DPM memimpin bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bersama-sama para pelajar Techno Huffaz program DPM yang lain

Katanya, Program Cahaya Ramadan itu adalah rentetan daripada program ‘DPM Together as One’ yang disertai oleh 350 orang pelajar program Diploma Pengajian Perniagaan (DPM).

“Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program ini termasuklah aktiviti sukan yang melibatkan semua pelajar DPM.

“Menjelang Ramadan, pelbagai aktiviti berbentuk kerohanian telah dilaksanakan seperti Kuiz Cahaya Ramadan, Tadarus Al-Quran dan Tazkirah Ramadan TikTok Challenge,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, semua aktiviti berkenaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik, kerohanian dan kokurikulum.

-AA-

Tinggalkan komen anda