Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Tunku Besar Tampin Santuni Warga Kampung Keru

By 22 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki

TAMPIN, 22 Mac (MalaysiaAktif) – Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar telah berkenan berangkat hadir ke Majlis Ihya Ramadan di Masjid Kariah Kampung Keru, semalam.

Tunku Besar Tampin berkesempatan berbuka bersama penduduk Kampung Keru

Pada program tersebut, Tunku Besar Tampin sempat berbuka dan solat maghrib berjemaah bersama-sama penduduk Kampung Keru sebelum melakukan penyerahan bantuan kepada 32 penerima bantuan yang terdiri daripada golongan asnaf dan anak yatim yang tinggal di sekitar kawasan terbabit.

Tunku Besar Tampin menyantuni penduduk Kampung Keru

Penerima sumbangan, Aminah Mohd Ali, 81, berkata beliau bersyukur di atas keprihatinan pihak Tunku Besar Tampin dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan memberikan sumbangan kepadanya.

“Sumbangan ini serba sedikit dapat membantu saya untuk melakukan persiapan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda