Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Yayasan Perak Biaya RM185,000 kepada Usahawan Tempatan

By 23 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/Yayasan Perak

IPOH, 23 Mac (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Perak terus komited dalam menyokong pertumbuhan ekonomi rakyat melalui penyaluran peruntukan program pinjaman tanpa faedah iaitu Tabung Usahawan sebanyak RM185,000 yang dikendalikan oleh Yayasan Perak.

Dr Nasreen menyerahkan cek pinjaman kepada pemilik perniagaan rempeyek Mama Keen Empire Assyakirin Abas

Menurut kenyataan Yayasan Perak, penyampaian peruntukan ini telah disalurkan kepada empat usahawan tempatan dalam sektor makanan, percetakan dan pembuatan yang disampaikan oleh Pengurus Besar Yayasan Perak Dr. Nasreen Khanum Nawab Zaddah Khan di Wisma Yayasan Perak di sini, pada Khamis.

Pemilik Miker Group Sdn Bhd Mohd Amzari Zamri, merupakan peminjam kali ke-2 bagi Program Tabung Usahawan Yayasan Perak

“Miker Group Sdn. Bhd. merupakan peminjam kali kedua selepas menerima pembiayaan pertama pada tahun 2020 semasa pandemik COVID-19 dan telah melunaskan sepenuhnya pembiayaan tersebut.

“Tabung usahawan bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu platform untuk usahawan membina keupayaan perniagaan secara lestari,” ujarnya.

Turut menerima pembiayaan tersebut adalah Mama Keen Empire sebanyak RM50,000, Sinar Kreatif Enterprise sebanyak RM15,000 dan Suffy Dairy Group Sdn. Bhd. sebanyak RM20,000.

-AA-

Tinggalkan komen anda