Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Bazar Raya NADI Pasir Pinji Kukuhkan Jaringan Ekonomi dan Digital Masyarakat

By 23 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kalaimani Munian (Kinta)

PASIR PINJI, 23 Mac (MalaysiaAktif) – Program Bazar Raya NADI 2025 telah berlangsung serentak di seluruh negara semalam termasuk di NADI Pasir Pinji dengan sambutan hangat daripada penduduk setempat.

Petugas NADI melakukan pemeriksaan tekanan darah

Menurut Pengurus NADI Pasir Pinji Siti Aishah Abdul Rahman, berkata program ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang ini menawarkan pelbagai pengisian menarik kepada komuniti setempat antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, pendaftaran MyDigital ID, semakan bantuan kerajaan seperti STR dan MySara, taklimat keselamatan dalam talian, serta pameran dan jualan produk usahawan tempatan.

Turut diadakan ialah pendaftaran ahli NADI bagi menggalakkan lebih ramai penduduk setempat terlibat secara aktif dalam inisiatif komuniti.

“Sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai, ditambah dengan kehadiran Komuniti MADANI Pasir Pinji, telah menyerikan lagi suasana program dan menunjukkan semangat kebersamaan serta sokongan terhadap usaha memperkasa komuniti melalui perkhidmatan menyeluruh dan inklusif,’’ katanya ketika ditemui.

Sesi Perkongsian Maklumat Keselamatan dalam Talian dan AIFA bersama Komuniti MADANI Pasir Pinji

Bazar Raya NADI bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat dan perkhidmatan secara terus, malah turut menjadi platform penting untuk memperkukuh jaringan sosial, ekonomi dan digital masyarakat setempat, sejajar dengan matlamat pembangunan komuniti dalam kerangka Malaysia MADANI.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti MADANI Pasir Pinji B Lim Chee Aun berkata, beliau amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh petugas.

“Saya datang untuk buat pemeriksaan kesihatan dan sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh petugas NADI malah sempat mendengar taklimat keselamatan dalam talian bagi melindungi maklumat peribadi,” ujarnya.

Secara keseluruhannya, Bazar Raya NADI 2025 bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada komuniti, malah memperkukuh semangat Malaysia MADANI yang menekankan nilai keterangkuman, kesejahteraan dan kemampanan dalam pembangunan negara.

-AA-

Tinggalkan komen anda