Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sultan Perak Berkenan Terima Zakat Perniagaan Lebih RM3.56 Juta

By 24 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)

KUALA KANGSAR, 24 Mac (MalaysiaAktif) – Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan meneriam zakat perniagaan daripada lima buah syarikat korporat berjumlah RM3,566,854.00 juta di Istana Iskandariah, di sini kelmarin.

Sesi penyerahan zakat perniagaan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah oleh syarikat korporat negeri Perak.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak), semua penyerahan zakat perniagaan tersebut disempurnakan sempena Majlis Berbuka Puasa bersama-sama Pegawai Agama dan Imam Negeri Perak.

“Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. Datuk Mubarak Ali Gulam Rasul telah mendahului penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM1,499,192.

Tambah SUK Perak, sesi penyerahan tersebut disusuli dengan Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. Mesnor Bujang sebanyak RM1,034,000 dan seterusnya Pengurus Besar Perniagaan TM One TM Technology Services Sdn. Bhd. Ahmad Nazri Ambi sebanyak RM509,262.

Hadirin yang turut hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama-sama Pegawai Agama Islam dan Imam Negeri Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

“Terakhir adalah Zaman Motors Sdn. Bhd. Sebanyak RM124,400.00 yang diwakili oleh pengarahnya iaitu Datuk Khadri Khalid,” ujar SUK Perak.

Berangkat bersama Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan Raja Datuk Seri Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda