Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Guru Takmir Pulau Pinang Terima RM1,200 Sagu Hati Aidilfitri

By 25 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan (Seberang Perai Utara)

PERMATANG BERANGAN, 25 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 218 guru takmir di Pulau Pinang menerima sagu hati Aidilfitri sebanyak RM1,200 seorang, melibatkan peruntukan keseluruhan RM261,200 sebagai menghargai peranan mereka dalam mendidik masyarakat.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkesempatan menyantuni Penduduk Permatang Berangan.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) juga telah memperuntukkan RM959,800 bagi membiayai program keilmuan dan kursus peningkatan profesionalisme guru takmir.

“Para guru agama memainkan peranan penting dalam membimbing anak-anak menjadi pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara dan sokongan berterusan kepada mereka amat penting bagi memastikan kelangsungan pendidikan Islam di negeri ini,” katanya yang hadir ke Majlis Gebyar Ramadan dan Iftar Rakyat, di sini semalam.

Chow turut menyampaikan sumbangan meliputi telekung, kain pelekat serta keperluan asas solat bagi guru agama, manakala anak yatim dan pelajar tahfiz menerima duit raya sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkesempatan menyantuni Penduduk Permatang Berangan.

“Saya amat terharu melihat semangat perpaduan dan keharmonian rakyat Pulau Pinang yang saling menghormati serta meraikan kepelbagaian agama.

“Majlis seperti berbuka puasa, mengedarkan bubur lambuk ketika bulan Ramadan turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan yang bukan beragama islam, ini mencerminkan bahawa Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang harmoni serta menghormati kaum lain,” katanya.

Chow turut menzahirkan harapan agar generasi muda terus menjadi modal insan berintegriti serta tidak terpengaruh dengan agenda pihak tertentu yang cuba menimbulkan perpecahan demi kepentingan politik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda