Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Kuala Lumpur Sasar Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia dengan Pelancaran Portal dan Aplikasi VisitKL

By 26 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Muhaimin Musa (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 26 Mac (MalaysiaAktif) – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam telah melancarkan portal dan aplikasi VisitKL sebagai langkah strategik untuk memacu sektor pelancongan bandar raya ke peringkat antarabangsa.

Ucapan perasmian oleh Datuk BandarĀ KL

Inisiatif ini selari dengan Pelan Strategik DBKL 2030 dan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040, yang memberi penekanan kepada pembangunan produk pelancongan mampan bagi meningkatkan kemakmuran ekonomi.

Sesi bergambar kenangan Datuk Bandar KL bersama pemain industri pelancongan di KL

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, menyatakan keyakinan bahawa pelancaran platform digital ini akan memperkukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan utama dunia.

“Portal dan aplikasi VisitKL ini akan menjadi rujukan utama dalam hala tuju sektor pelancongan bandar raya, sekaligus menjadikan Kuala Lumpur lebih berdaya saing dan mesra pelancong,” katanya.

VisitKL menawarkan pelbagai maklumat komprehensif mengenai tarikan pelancongan, penginapan, makanan, acara, dan pengangkutan di Kuala Lumpur.

Pelancong juga boleh merancang perjalanan mereka dengan mudah melalui platform ini, termasuk membuat tempahan dan pembelian tiket secara dalam talian.

Pelancaran ini dijangka dapat meningkatkan jumlah pelancong ke Kuala Lumpur, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi bandar raya.

Dengan pelancaran VisitKL, DBKL berharap dapat menarik lebih ramai pelancong antarabangsa dan domestik, seterusnya menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang berdaya saingĀ danĀ dinamik.

-AA-

Tinggalkan komen anda