Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sultan Perak Berkenan Rasmi Masjid Jamek Matang Gerdu

By 26 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marshita Othman/Nur Amielia (Kerian)

BAGAN SERAI, 26 Mac (MalaysiaAktif) – Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Jamek Matang Gerdu, di sini semalam.

Sesi bacaan doa.

Pengerusi Masjid Jamek Matang Gerdu Abd Rahman Awang, 73, meluahkan rasa syukur dan amat berbesar hati atas keberangkatan Sultan Perak ke majlis perasmian masjid serta majlis berbuka puasa.

“Keberangkatan baginda sebagai satu keberkatan dan lambang keprihatinan Sultan Perak terhadap pembangunan institusi Islam serta kesejahteraan rakyat.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak), Masjid Jamek Matang Gerdu yang terletak di Kampung Matang Gerdu mula dibina pada tahun 2018 dan selesai pada tahun 2020 membabitkan kos pembinaan RM3.1 juta dan mampu menampung seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Sesi fotografi Sultan Perak bersama-sama ahli jawatankuasa Masjid Matang Gerdu.

Turut sama berangkat Raja Kecil Sulang Perak Darul Ridzuan Raja Datuk Seri Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda